Waktu

Rabu, 24 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI

PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA ,TIMBALAN PRESIDEN PEKIDA SERTA SEMUA AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN STAF DI IBU PEJABAT PEKIDA MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA PEKIDA MALAYSIA SERTA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA SERTA DI SELURUH DUNIA

BERPINDAH KE PEJABAT BARU

IBU PEJABAT PEKIDA MALAYSIA TELAH BERPINDAH KE PEJABAT BARU LENGKOK CHEMPAKA 1,AMANJAYA,SG.PETANI KEDAH

Ahad, 5 Disember 2010

Majlis Penyerahan Kunci Ibu Pejabat Pekida Malaysia

Majlis Penyerahan Bangunan Ibu Pejabat (BARU) PEKIDA Malaysia
11 NOVEMBER 2010: Majlis Penyerahan Bangunan Ibu Pejabat (BARU) PEKIDA Malaysia telah disempurnakan oleh wakil pemaju, Bolton Berhad bersama Barisan Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia 2008-2011. Replika Kunci telah diserahkan kepada Presiden PEKIDA Malaysia, Tuan Haj...i Jamaludin Yusuf. Menurut Setiausaha Agung PEKIDA Malaysia, Tuan Haji Mohd Zain Ghazali, bangunan berharga RM440,000 ini dibeli dengan kadar diskaun yang berpatutan. Atas saranan dan cadangan Presiden serta barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) semasa membuat tinjauan keatas premis tersebut dan premis bersebelahan, PEKIDA Malaysia memutuskan untuk turut memiliki 2 blok bersebelahan jika keadaan kewangan mengizinkan. Pelancaran TABUNG BANGUNAN akan disempurnakan dalam masa terdekat. Menurut beliau juga, barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kini komited dalam memastikan kemajuan PEKIDA Malaysia kearah yang lebih efektif. Pelbagai perancangan asas telah dibuat dan keberkesanannya boleh dilihat dari masa ke semasa. Tambah beliau, Ibu Pejabat yang baru akan mula beroperasi sepenuhnya setelah proses bersangkutan termasuk kerja-kerja ubahsuai dan hiasan dalaman selesai. Insyaallah.gambar boleh lihat dekat face book ibu pej.Pekida Malaysia

Selasa, 16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

PIHAK IBU PEJABAT PEKIDA MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA AHLI PEKIDA MALAYSIA DAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MANA SAJA BERADA

Selasa, 31 Ogos 2010

Pekida Malaysia Menentang Sekeras Kerasnya Jalur Gemilang Di Bakar

Isnin 30 Ogos 2010.
Jitra,Pekida Malaysia menentang sekeras kerasnya tidakan sekumpulan di Indonesia Yang Membakar Bendera Malaysia serta membaling Najis ke dalam perkarangan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Presiden Pekida Malaysia Tuan Hj Jamaludin Yusof berkata Pekida Malaysia memandang serius Perkara ini dan berharap Kerajaan Indonesia dapat membendong tindakan liar kumpulan ini.Mereka kumpulan ini harus sedar rakyat indonesia banyak di Malaysia yang mencari rezeki dan mereka harus menhormati rakan mereka di malaysia ini, kerana kumpulan melampau ini bukanlah mewakili seluruh rakyat indonesia, mereka adalah kumpulan kecil sahaja di Indonesia.

Malaysia dan Indonesia ini ibarat adik dan abang jadi Kerajaan Indoensia harus segera mamantau dan mencegah perkara sebegini berulang supaya perhubungan kedua dua negara tidak terjejas,

Tuan Hj Jamaludin Yusuf brucap ketika majlis bantuan kepada orang kurang kemampuan anjuran Pekida Daerah Kubang Pasu di Jitra semalam.

Pekida Kubang Pasu Beri Bantuan.

Isnin 30 Ogos 2010
Jitra,Pekida Daerah Kubang Pasu telah mengadakan satu majlis penyerahan bantuan kemiskinan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam menjalani bulan ramadhan dan akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Presiden Pekida Malaysia Tuan Hj Jamaludin Yusof berkata inilah majlis pertama di bawah Pekida Daerah Kubang Pasu pada tahun ini yang memberi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Beliau mengucapkan jutaan terima Kasih Kepada Md Rejab Bin Awang Kechik Pengerusi Pekida Daerah Kubang Pasu yang berjaya mengadakan majlis tersebut.Beliau turut meyarankan seluruh Pekida Daerah yang berkemampuan mengadakan majlis bantuan seperti ini.

Turut hadir Datuk Bakri naib Presiden Pekida Malaysia dan Datuk Abu Hassan Sarif Adun kota Seputih.